CONTOH KARANGAN
Karangan Jenis Bergambar
Karangan Bergambar Tunggal
· Karangan yang
hendak ditulis itu hendaklah berpandukan gambar yang tel ah disediakan.
· Setiap gambar
perlu dipastikan bila , di mana dan waktu supaya penulisan lebih jelas
· Perlu meneliti
seluruh gambar dengan mendalam . Pastikan apa yang berlaku, apa yang
dikerjakan,
dan suasana.
· Sewaktu menulis
, pastikan diri terlibat di dalam di dalam gambar, bukan sebagai pencerita dari
luar
atau dijadikan karangan penerangan.
· Ceritakan
peristiwa yang ada di dalam gambar tersebut dalam bentuk karangan.
Karangan Bergambar Bersiri
· Karangan hendak
berpandukan gambar -gambar yang telah disediakan.
· Sebaik-baiknya
jadikan diri kamu terlibat sama dengan cerita yang hendak ditulis.
· Setiap perenggan
berdasarkan sekeping gambar .
· Karangan yang
hendak ditulis itu hendaklah berpandukan peristiwa -peristiwa yang terdapat di
dalam
gambar-gambar tersebut mengikut urutan atau susunan.
· Boleh
menyertakan tajuk , tetapi tidak menjadi kemestian.
Karangan Jenis Autobiografi
1. Karangan jenis
ini biasanya memerlukan kamu membayangkan diri anda sebagai sesuatu benda
secara
terperinci.
2. Ada yang
mengisahkan riwayat hidup penulis sendiri dari awal hingga akhir.
3. boleh ditulis
dalam bentuk cerita atau penerangan / rencana
4. Aturan membina
karangan
· tempat asal -
nama - dilahirkan dimana - proses pembuatan - dibungkus
· perjalanan dari
kilang hingga ke tempat pameran - di
mana dipamerkan - bertukar milik
· proses
penggunaan dengan tuan baru - akhir
hayat
· perasaan - sedih
atau gembira
5. boleh gunakan
dialog untuk bercakap sesama rakan , bukan dengan manusia.
6. paparkan
nilai-nilai murni
Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ’Aku Sebuah Basikal“.
Pengenalan
berasal dari Jepun
dibuat di
sebuah kilang besi waja
terdiri daripada besi waja, getah dan plastik
Perenggan ke-2
disebut basikal
dipamerkan
berasa sungguh gembira
Perenggan ke-3
menaiki sebuah kapal dagang
berasa sungguh
bangga
Perenggan ke-4 nasib malang
kapal karam
dijumpai oleh penyelam
dijual sebagai
besi buruk
Penutup menjadi
bahan terbuang
kesal kerana
tidak dapat berbakti
Aku berasal dari ’Negara Matahari Terbit“. Aku dibuat di
sebuah kilang besi waja yang tidak besar.
Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan
pleastik.
Apabila badanku
telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan -kawanku yang lain
dipamerkan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh
gembira kerana ramai orang memuji kecantikanku.
Tidak lama
kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh
seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia.
Melalui perbualan dua orang kelasi kapal
itu,
aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin
memilikiku. Aku semakin bangga.
Nasib kami
sungguh malang . Kapal kami karam. Aku dan kawan -kawanku lemas. Setahun
kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat. Penyelam itu
membawa
aku dan kawan-kawanku ke kedai yang membeli besi buruk.
Aku dijual di situ.
Aku berasa
sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat
mencurahkan
baktiku kepada orang Malaysia.
Tajuk : Aku sehelai baju
Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota.
Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah
patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang
terlekat di badanku menunjukkan RM 350.
Setelah lima hari
berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadia bernama Linda. Linda
memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan
-kawan Linda melihat diriku mereka semua memuji
kecantikan yang aku miliki.
Selang beberapa
bula, Linda ingin memakaiku sekali lagi.
Apabila melihat badanku berkedut, dia
mengambil seterika lalu menggosokku.
Ketika badanku
diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa
untuk
menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cu
ba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku hanya
mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama -kelamaan
sebahagian badanku terbakar.
Apabila terhidu
bau benda terbakar, Linda tergesa -gesa mendapatkanku. Tetapi sudah terlambat
kerana aku tidak boleh diselamatkan lagi. Kini aku hanya
menjadi penghuni setia almari usang.
Saya Seorang Pendidik
Karangan Jenis Biografi
Karangan jenis ini mengisahkan perihal riwayat hidup
orang lain dari mula hingga ke akhir antaranya :
· tokoh-tokoh
sejarah
· pemimpin
tanahair
· tokoh sukan
· dan lain-lain
Dalam menulis karangan jenis ini, aspek latar belakang,
riwayat hidup, pendidikan, sumbangan, kejayaan
dan jasa-jasa seseorang itu diambilkira sebagai isi
karangan.
Anda harus tahu benar tentang watak yang hendak ditulis
itu dari awal hingga ke akhir.
Kamu tidak digalakkan menulis perkara-perkara yang
sensitif sehingga boleh menimbulkan keaiban atau
menjatuhkan maruah orang yang ditulis.
Soalan
Pada cuti semester yang lalu anda telah tinggal
bersama-sama pakcik anda. Pakcik anda itu penoreh getah.
Ceritakan kehidupan seharian pekacik anda itu dalam
bentuk karangan.
Pengenalan rumah
pakcik tidak jauh dari kebun getah
kepunyaan
sendiri
Perenggan ke-2 keluar dari rumah awal pagi
menunggang
basikal
Perenggan ke-3 memakai topi berlampu suluh
kerana masih
gelap
menoreh dari
sebatang pokok ke sebatang pokok
Perenggan ke-4 susu getah dikumpul
dimasukkan ke
dalam baldi kecil
dipindahkan
ke sebuah tangki besar
Penutup kerja
siap pada pukul 12.00
hantar susu
getah ke pusat penjualan
Pakcik saya penoreh getah. Rumahnya tidak jauh dari
sebuah kebun getah. Kebun getah itu
kepunyaan dirinya sendiri.
Setiap hari,
pagi-pagi lagi dia sudah keluar dari rumahnya untuk pergi menoreh. Dia
menunggang
sebuah basikal.
Pakcik saya
memakai topi yang berlampu suluh di kepalanya. Tujuannya supaya kerja -kerja
emnoreh
getah dapat dilakukan walaupun keadaan masih gel ap. Dia
menoreh getah dari sebatang pokok ke sebatang
pokok getah yang lain sehinggalah kerja -kerja menoreh
itu selesai dijalankan.
Sejam kemudian,
pakcik saya akan mengumpul susu getah yang telah bertakung di dalam sebuah
mangkuk setiap pokok getah yang ditorehnya tadi. Susu
getah dikumpul ke dalam sebuah baldi kecil. Apabila
baldi kecil itu penuh, dia akan memindahkan s7su getah
itu ke dalam sebuah takungan besar.
Lebih kurang
pukul 12.00 tengah hari, pekerjaan itu pun selesai. Pakcik saya akan menghant
ar susu
getah yang telah terkumpul itu ke pusat penjualan.
Sahabat Baik Saya
Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan /
Wawancara
· terbahagi kepada
dua jenis
i. dialog dan perbualan ( lebih berkisar kepada persoalan
biasa seperti bertanya khaba r dan
perbualan menerusi telefon.)
ii. wawancara dan temu ramah ( lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan
kepada orang yang
lebih dihormati , atau ingin tahu tahu sesuatu perkara
)
· seperti jenis
karangan lain, karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang utama
· setiap karangan
ini mempunyai sekurang -kurangnya dua watak atau lebih
· sebelum
memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu panjang.
Lihat contoh :
Abu diminta oleh guru kelas menemu ramah Guru Besar sebe
lum beliau bersara. Hasil temu
ramah itu akan dimuatkan di dalam majalah sekolah.
Berikut merupakan hasil temu ramah
tersebut.
· Format karangan
ini
nama watak ditulis selari di sebelah kiri
selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari
contoh :
Nama A : Assalamualaikum, Makcik.
Nama B : Waalaikummussalam
Nama A : Apa khabar Makcik ?
Nama B :
· Mulakan
perbualan dengan salam sejahtera
· anda perlu
menggunakan kata ganti nama diri yang sesua i. Jika orang yang dibawa berbual
itu
berumur gunakan panggilan ”Encik…, ”Tuan…, ataupun
”Makcik…
· pastikan anda
tahu tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk bahan temuramah /
dialog.
· boleh gunakan
bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti ’tak“ , ’dah“
· soalan yang
dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit -belit. Dalam dialog itu,
kedua-dua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan.
· Jawapan yang
diberi kepada soalan adalah panjang lebar
· elakkan
penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan
”ya… atau ”tidak….
· soalan-soalan
disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan.
· kawal jumlah
perkataan yang digunakan ( lebih kurang 80 patah perkataan )
· tanda baca yang
digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati -hati dengan ayat tanya
kerana ia berakhir dengan tanda tanya. ( ? )
· mesti di tulis
mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
· soalan yang
diikuti dengan jawapan lengkap di beri
markah penuh
· Akhiri perbualan
dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah.
CONTOH KARANGAN
TAJUK
Andaikan bahawa anda menyertai pertandingan
syarahan.Dalam pertandingan itu anda telah mendapat
tempat kedua.Anda telah dikalahkan oleh peserta bukan
melayu.Anda ingin mengucapkan tahniah dan
menyatakan perasaan kagum anda akan kebolehannya.Tulislah
dialog anda selengkapnya.
RANGKA.
PENDAHULUAN - mengucapkan tahniah
ISI
a) Siva
berharap agar kejayaannya memberi semangat kepada pelajar bukan melayu
yamg
lain
untuk mempelajari bahasa melayu.
b) menyatakan
perasaan kagum -bertanya tentang cara dia mempelajari bahasa melayu
c) Siva menyatakan
cara dia mempelajari bahasa melayu.
PENUTUP
Siva memberikan
dorongan agar sama -sama menguasai bahasa kebangsaan
KARANGAN
( Siva sedang asyik membaca sebuah buku cerita di perpustakaan
sekolah )
Azman : Tahniah,Siva,kerana kamu berjaya dalam
pertandingan syarahan itu.
Siva : Terima kasih.Saya berharap supaya kejayaan
ini akan menaikkan semangat pelajar -pelajar bukan
Melayu yang lain untuk mempelajari Bahasa Melayu.
Azman : Saya kagum melihat kamu bersyarah pada hari
ini.Setiap perkataan yang awak ucapkan jelas dan
lancar.Bagaimanakah cara kamu
mempelajari bahasa melayu ?
Siva : Keluarga saya menggalakkan saya membaca buku
-buku bahasa melayu yang bermutu .Di
samping itu,saya
mempelajari tatabahasa dengan baik.Saya
selalu membuka kamus untuk
mempelajari
ejaan dan makna kata-kata yang saya baca. Saya melatih diri saya
menggunakan
bahasa baku
apabila membaca atau bercakap
Azman : Kalau begitu ,tidak hairanlah saya apabila
kamu berjaya mengalahkan saya dan beberapa pelajar
Melayu yang lain dalam pertandingan itu.Saya malu,Siva.
Siva : Mengapa ?
Azman : Selama ini saya menganggap Bahasa Melayu
sebagai bahasa yang mudah kerana itu
adalah
bahasa ibunda saya.Rupa-rupanya saya silap.
Siva : Baguslah,Azman,kalau kamu sudah
sedar.Sama-samalah kita belajar menguasai bahasa
kebangsaan negara kita
Azman : Ya,baiklah ,Siva...
Tajuk : Kawan kamu telah kehilangan duit. Dia suka
menuduh orang lain tanpa usul periksa. Bagaimanakah
cara kamu menasihatinya ? Tuliskan perbualan di antara
kamu berdua.
( Kamu dan Azma berada di sudut kantin sekolah )
Malim : Mengapa kamu bermuram saja, Azma ? Apakah
kamu ada masalah ?
Azma : Duit saya sebanyak sepuluh ringgit telah
hilang Malim.
Malim : Macam mana boleh hilang ?
Azma : Saya letakkan dalam beg. Balik dari rehat
sahaja duit dah tak ada. Saya syak Tahir yang
curi,sebab waktu rehat dia tak keluar.
Malim : Bukankah cikgu selalu menasihati agar duit
jangan ditinggalkan dalam beg. Sekarang
sudah
hilang, mengapa pula menuduh tanpa
usul periksa ?
Azma : Jika bukan Tahir, siapa lagi ? Saya pasti
memang Tahir ! Dia dengkikan saya !
Malim : Jangan sesekali serkap jarang. Jika bukan
dia, bagaimana kita mahu tutup muka kita
? Baik kita
jumpa Cikgu Zaidi. Guru disiplin itu boleh membantu kita.
Azma : Betul juga kata kamu, Malim. Saya berasa
bangga mendapat kawan macam k amu.
Soalan : Kamu berpeluang menemuramah seorang bapa kepada
sepasang anak kembar yang telah berjaya
menjadi doktor perubatan , semasa majlis penyampaian
ijazah di Universiti Malaya. Cuba buat satu
temuramah itu dengan bertanyakan hal-hal yang berkaitan.
( Setelah memperkenalkan diri kamu , maka kamu mengemukan
soalan -soalan kepada Encik Karim )
Murid : Encik,
sebenarnya bagaimana encik mengasuh kedua -dua anak kembar encik Faizul
dan
Faizal hingga berjaya menjadi doktor ?
En. Karim : Oh !
Saya pun tidak tahu bagaiman hendak menceritakannya. Hanya saya kira Tuhan
merestui kami
sekeluarga.
Murid : Boleh
saya tahu bagaimana anak-anak encik ini belajar ?
En. Karim :
Mmmmmmm, kalau fasal belajar , mereka memang sungguh berusaha. Hampir
sepanjang
waktu mereka asyik
dengan buku sahaja. Kalau menonton televisyen itu jarang sekali.
Kerap kali kalau
menonton pun me reka menonton siaran berita sahaja.
Murid : Di mana
mereka bersekolah ?
En. Karim :
Kesemuanya bersekolah di Sekoleh Kebangsaan Darau. Kemudian bersekolah
menengah
di Sek. Men. Seri
Nering, Jerteh. Semuanya mendapat pangkat
satu di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia.
Semasa itulah mereka mendapat tawaran dan meneruskan pelajaran
di Tingkatan Enam
iaitu di Sekolah Tinggi, Jerteh. Apabila mereka lulus mereka belajar di
Universiti Malaya,
Kuala Lumpur. Nah ! Sekarang mereka sudah lulus dan menjadi doktor.
Murid : Apakah
perasaan encik sekarang ?
En. Karim : Sudah
tentu gembira sekali. Kami sekeluarga bersyukur di atas kejayaan gemilang itu .
Murid : Baiklah
encik , saya berterima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk
ditemubual.
En. Karim : Terima
kasih kembali.
( Berjabat tangan
dengan murid )
Tip :
Sediakan LIMA SOALAN terbaik. Setiap soalan diikuti oleh
jawapan dan huraian sebanyak 20 patah
perkataan KECUALI pendahuluan.
Karangan jenis Catatan Diari
Ia merupakan karangan yang mencatatkan kegiatan harian
atau peristiwa penting yang berlaku kepada
seseorang.
Tarikh, hari atau masa peristiwa berlaku hendaklah
dinyatakan. Ini berpandukan kepada soalan. Lihat contoh
soalan dibawah :
Persatuan anda telah membuat lawatan ke Kuala Lumpur.
Anda diminta menyediakan catatan
mengenai lawatan itu.
Berdasarkan soalan , lawatan ke Kuala Lumpur biasanya
mengambil masa beberapa hari . Oleh itu format
catatan mesti ditulis dalam hari.
Kamu menyambut ketibaan Hari Raya Puasa dengan suasana
meriah. Tuliskan cacatan diari kamu
bagaimana anda menyambut dan merayakan har i tersebut.
Berdasarkan soalan ini format catatan ialah masa atau
jam.
Catatan hendaklah ringkas, tepat dan padat
Tulis catatan mengikut urutan peristiwa
Ayat-ayat seharusnya pendek dan mudah difahami
Andaikan bahawa ibu anda sakit kuat . Ibu anda dimasuk
kan ke hospital . Tuliskan suatu catatan selama ibu
anda berada di hospital.
2 Januari
Ibu sakit kuat.
Bapa menghantar ibu ke hospital Besar Kuala Terengganu. Doktor yang merawat ibu
memberitahu kami bahawa ibu menghidap penyakit barah. Ibu
terpaksa dirawat di hospital. Selepas pulang
dari sekolah , aku dan bapa melawat ibu. Aku berasa
sedih melihat keadaan ibu.
3 Januari
Hari ini ibu akan
dibedah. Menurut doktor , pembedahan hanya sebagai pembedahan biasa dan
tidak perlu dirisuakan. Di sekolah , aku tidak dapat
menumpukan perhatianku terhadap pelajaran. Cikgu
Halim memujuk aku supaya bersabar. Aku sentiasa berdoa
agar ibu selamat.
4 Januari
Ibu selamat
dibedah. Menurut doktor ibu akan dibenarkan pulang tidak lama lagi. Datuk dan
nenek
dari kampung datang ke hospital untuk melawat ibu.
5 Januari
Selepas waktu
sekolah , aku , Cikgu Halim dan tiga orang kawanku menziarahi ibu. Aku
mendapati
ibu semakin pulih. Dari jauh ibu tersenyum menyambut
kedatangan kami. Aku bersyukur kepada Tuhan
kerana telah memakbulkan doaku.
6 Januari
Aku membantu
nenek mengemas rumah. Sebentar lagi ibu akan pula ng bersama dengan ayah dan
datuk. Aku berasa tidak sabar untuk menyambut
kepulanganya. Hadiah istimewa telah kusediakan untuk ibu.
Karangan Jenis Cereka / Pengalaman / Keperihalan /
Gambaran / Situasi
memerlukan kekuatan imaginasi dan daya kreatif yang
tinggi.
Sesuatu yang ditulis itu mungkin berdasarkan pengalaman ,
pembacaan, atau perbualan.
cereka
Suatu hari ketika kamu tinggal sendirian di rumah, kamu
telah dikejutkan oleh suara riuh -rendah. Apabila
kamu menjenguk ke luar, kamu dapati asap berkepul -kepul
naik ke angkasa dari rumah jiran kamu. Ceritakan
peristiwa yang kamu saksikan itu.
1. cerita yang
hendak ditulis hendaklah berdasarkan tajuknya.
2. cuba menulis
cerita yang dapat menarik minat pembaca.
3. jangan terlalu
ghairah mereka -reka cerita yang terlalu banyak khayalan kerana ini akan
menyebabkan
kamu tidak dapat menyampaikan maksud dengan jelas.
4. jangan menulis
sampai meleret-leret, berhati-hatilah dengan peruntukkan masa yang dib erikan
Pengenalan tinggal
sendirian
baca buku
cerita
Perenggan ke-2 mendengar suara riuh-rendah
menjenguk ke
luar
suatu
kebakaran berlaku
Perenggan ke-3 ramai orang mula berkumpul
cuba membantu
memadamkan kebakaran
membantu
memunggahkan barang
Perenggan ke-4 aku terus menelefon pihak bomba
ahli-ahli
bomba tiba
Penutup
kebakaran dapat dikawal
berasa
sungguh gembira
Pada hujng minggu
yang lepas, saya terpaksa tinggal sendiran di rumah kerana ibu bapa say apergi
ke tempat kenduri kahwin. Untuk menghilangkan rasa jemu,
saya membaca sebuah buku cerita.
Ketika say leka
membaca , tiba-tiba saya terdengar suara riuh -rendah meminta tolong. Saya
segera
menjenguk ke luar. Alangkah terkejutnya saya apabila saya
dap ati asap berkepul-kepul keluat dari rumah
jiran saya. Suatu kebakaran telah berlaku.
Orang ramai mula
berkumpul di situ. Ada yang cuba memadamkan kebakaran dan ada yang
menolong memunggahkan barang-barang. Saya mulai berasa
bimbang kalau -kalau api itu merebak ke
rumah saya.
Tanpa
berlengah-lengah lagi , saya terus menelefon pihakbomba. Sepuluh minit
kemudian, anggota
bomba pun tiba di situ.
Ahli-ahli bomba
telah bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Akhirnya kebakaran itu dapat
dikawal daripada merebak. Saya berasa gembira kerana
rumah saya terselamat daripada kebakaran
tersebut.
pengalaman
Tajuk : Tulis satu karangan yang bertajuk ’ Pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan“
Pada tahun lalu, aku menghabiskan cuti persekolahan di kampung
bersama datuk dan nenek.
Pada suatu malam
, aku pergi ke rumah Ludin, teman lamaku. Oleh kerana sudah lama tidak
berjumpa, kami seronok bercerita. Bila aku sedar malam
sudah larut, aku bergegas pulang.
Dalam perjalanan
pulang, hatiku tiba -tiba berasa cemas. Walaupun telah lama berjalan, rumah
nenek masih juga tidak kelihatan. Aku memandang ke kiri
dan ke kanan. Tidak ada sebuah rumah pun di
situ. Bulu romaku berdiri tegak. Barulah aku sedar,
rupanya aku tersesat jalan.
Tiba-tiba di satu
selekoh, aku terpandang satu l embaga menuju ke arahku. Aku berasa amat takut
sekali. Aku cuba membuka langkah. Tetapi belum sempat aku
melangkah, kakiku terpijak benda tajam, lalu
terjatuh. Kemudian, aku tidak sedarkan diri.
Bilaku membuka
mata, kulihat aku sudah berada di rumah datuk . Menurut nenek, datuk menemuiku
terbaring di tengah jalan ketika keluar mencariku. Aku
menceritakan kepada mereka apa yang terjadi. Datuk
dan nenek tersenyum sesama sendiri. Rupa -rupanya lembaga
yang aku takutkan itu adalah datukku sendiri.
situasi
Keputusan UPSR telah diumumkan . Anda mendapat keputusan
yang cemerlang. Bagaimanakah perasaan
anda ?
Saya bersyukur dan bertuah kerana usaha saya selama ini
telah pun berhasil. Saya membuat
persiapan rapi untuk peperiksaan ini semenjak awal tahun
lagi.
Kejayaan ini juga
merupakan kejayaan ibu bapa, guru -guru dan rakan-rakan saya. Ini kerana
dorongan dan bimbingan daripada mereka menjadi kunci
kejayaan saya.
Saya juga berasa
bangga kerana mampu membuktikan kepada orang ramai bahawa seorang anak
kampung daripada keluarga miskin dapat juga berjaya. Saya
sedar kemiskinan bukanlah penghalang untuk
seseorang itu mencapai kejayaan.
Saya berharap
kejayaan ini akan menjadi pendorang kepada adik -adik saya. Saya berjanji akan
belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan yang lain.
Karangan Jenis Melengkapkan Cerita
1. karangan tidak
berformat
2. berkebolehan
membuat ramalan berdasarkan permulaan atau akhir cerita yang diberi
3. berbentuk
cerita, khayalan, pengalaman, ataupun kehidupan binatang.
4. elakan
terpesong tema cerita lain daripada tema yang diberi
5. memahami maksud
cerita yang diberi dan mempunyai gambaran yang jelas tentang sesuatu cerita
itu.
6. setiap cerita
mempunyai nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, tolong -menolog, kasih
sayang atau
apa saja yang boleh membawa pengajaran.
7. walaupun cerita
hanya rekaan, tetapi cerita itu mesti boleh diterima akal.
A. Sudahkan cerita di bawah ini.
Saya mengayuh
basikal agak perlahan. Walaupun lampu elektrik menerangi jalan, tetapi saya
perlu
berhati-hati. Saya bimbang termasuk lubang atau terbabas
ke dalam parit. Sambil mengayuh, saya sempat
berbual dengan Ahmad yang duduk di belakang. Tiba -tiba
saya ternampak susuk tubuh manusia menuju
belakang balai raya. Tanpa membuang masa ‘‘‘
Tanpa membuang masa , saya memberhentikan basikal. Ahmad
kehairanan, tetapi saya segera
memberitahunya. Ahmad faham. Basikal saya baringkan di
tepi jalan raya.
Tiba-tiba saya
terdengar cermin pecah. Saya yakin sudah tentu lelaki itu seorang pencuri. Dua
bulan
lalu kaset dan pinggan mangkuk dicuri orang. Mungkinkah
kejadian yang sama akan berulang ?
Pencuri itu mesti
ditangkap, kata hati saya. Saya meminta Ahmad mengawasi pencuri itu kerana
saya hendak ke rumah Tuk Ketua. Tetapi sebelum sampai di
rumah Tuk Ketua, saya nampak ramai orang
baru keluar dari masjid. Salah seorang daripadanya ialah
Tuk Ketua. Saya masuk ke perkarangan masjid. Di
situ saya segera ceritakan apa yang saya lihat. Tuk Ketua
segera memberi taklimat . Kemudian mereka
segera bergerak menuju ke balai raya.
Sampai di balai
raya, seramai lima orang menuju ke bahagian belakang dan sebahagian lagi
menjaga bahagian kiri, kanan dan depan. Mereka melangkah
sere ntak merapati balai raya. Lelaki di dalam
balai raya itu perasan, tetapi tidak sempat melarikan
diri. Lelaki itu akhirnya dapat ditangkap. Kemudian Tuk
Ketua mengucapkan terima kasih kepada saya dan
Ahmad.
B. Lengkapkan cerita di bawah yang berahkir deng an ayat
berikut :
‘‘‘ . Bila kubuka
mata, aku melihat ayah dan ibu berada di sampingku. Perempuan yang berwajah
ngeri itu telah pergi.
Pada malam itu, aku berseorangan di rumah. Ayah dan ibu
masih belum pulang. Di luar, hujan turun
dengan lebat, kilat sabung-menyabung.
Aku toleh ke arah
jam usang di dinding. Rupa -rupanya sudah hampir pukul satu pagi. Aku semakin
risau kerana bayang ayah dan ibuku masih belum
kelihatan.
Tiba-tiba
kedengaran ketukan bertalu -talu di pintu hadapan. Aku bergegas membuka pint u.
Sebaik
sahaja pintu terkuak, alangkah terkejutnya aku kerana
seorang perempuan bertudung hitam berada di situ.
Wajahnya amat mengerikan.
Dia memandang
tajam ke arahku. Peluh dingin mula keluar dari badanku. Dia cuba menerkamku.
Belum sempat dia menyambar tubuhku, aku menendang
badannya lalu tersungkur ke tanah. Aku menutup
pintu. Tiba-tiba matu kabur. Aku terus terjatuh. Bila kubuka mata , aku melihat ayah dan ibu
berada di
sampingku. Perempuan yang berwajah ngeri itu telah
pergi.
Karangan Jenis Fakta / Rencana
· ditulis dalam
bentuk format biasa
· karangan ini
memerlukan kita mempunyai pengetahuan yang luas.
· jadi perlu
banyak membaca buku, majalah, surat khabar dan sebagainya
· fahamkan
kehendak soalan . Contohnya karangan yang bertajuk ”Tuliskan apa yang kamu tahu
tentang burung…. Karangan ini mungkin disalah tasirkan
sebagai burung yang murid sukai atau
burng peliharaan murid.
· pastikan anda
benar-benar tahu dan mempunyai fakta yang betul tentang tajuk.
· senaraikan
fakta-fakta / isi yang diketahui dan susun mengikut kepentingannya.
· setelah
mengemukakan pengenalan , tulis bahagian isi
· pastikan anda
dapat menyediakan 4 isi
· kamu harus mampu
mengembangkan sesuatu isi
· setiap isi
haruslah dihuraikan berserta contoh yang sesuai
dengan menggunakan ayat dan kata
yang mudah difahami. Jika boleh sertakan kesannya.
· masukkan
perangkaan atau peristiwa untuk menguatkan kenyataan.
· setelah siap
mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup.
· gunakan bahasa
yang tepat, usah leret -leret.
Soalan
Tuliskan sebuah karangan tentang ’Penggunaan Komputer“.
Rangka Karangan :
Pendahuluan - alat
komunikasi rekaan sains
- penggunaannya meluas
Perenggan ke-2 -
digunakan di pejabat-pejabat
- menyimpan
data-data
- menjalankan
tugas dengan cepat
Perenggan ke-3 -
pengunaan komputer di pusat-pusat perubatan
- mengesan penyakit
- membantu
mengesan penyakit
Perenggan ke-4 - pengunaan komputer dalam pelajaran
- mengajar Matematik, Sains dan Bahasa
Penutup -
keuntungan menggunakan komputer
- jimat masa
dan wang
- bantu
manusia menyelesaikan masalah yang sukar
Komputer merupakan salah satu alat komunikasi rekaan
sinas. Penggunaannya begitu meluas
dewasa ini. Komputer digunakan dalam pelbagai
bidang.
Komputer sering digunakan di pejabat -pejabat kerajaan
atau swasta. Ia berfungsi sebagai alat untuk
menyimpan data-data. Dengan penggunaan komputer ,
kakitangan pejabat dapat menjalankan tugas dengan
cepat dan tepat.
Pusat-pusat perubatan juga menggunak an komputer bagi
mengesan sesuatu penyakit. Dengan
penggunaan komputer juga , ia dapat mengatasi kekurangan
tenaga pekarja. Komputer dapat membantu
menyelesaikan kes-kes atau pembedahan yang rumit.
Komputer turut digunakan dalam bidang pelajaran. Kebanya
kan sekolah menggunakan komputer
untuk mengajar mata pelajran Matematik , Sains , Fizik
dan sebagainya.
Pendek kata penggunaan komputer banyak mendatangkan
keuntungan. Ia dapat menjimatkan masa
dan wang serta membantu menyelesaikan masalah yang sukar
di selesaikan oleh akal manusia.
Tajuk : Banjir
Banjir adalah bencana alam yang sering melanda negara
kita terutamanya negeri -negeri Pantai
Timur. Bajir berlaku setelah hujan lebat tidak berhenti
-henti selama beberapa hari.
Biasanya banjir
melanda kawasan-kawasan yang rendah dan berhampiran sungai. Apabila najir
melanda, banyak harta benda akan musnah. Binatang
ternakan dan tanaman akan mati. Para petani akan
mengalami kerugian besar.
Banjir juga
mengancam manusia. Kita tidak boleh bermain dengan air banjir kerana alirannya
yang
deras dan dalam akan menghanyutkan kita. Jika tidak tahu
berenang , kita akan mati lemas.
Oleh itu, apabila
tiba musim hujan kita mestilah berhati -hati. Adalah lebih baik jika kita
berpindah ke
tempat yang lebih selamat sebelum air naik.
Tajuk : ” Kepentingan Kenderaan …
Setiap hari kita
dapat melihat pelbagai
jenis kenderaan. Ada
kenderaan yang bergerak
di air. Ada
pula yang dapat
bergerak di udara
dan ada yang
bergerak di darat.
Kenderaan ini di gerakkan
oleh enjin
yang direka khas. Kenderaan amat penting dalam kehidupan
manusia.
Sejak zaman
dulu lagi manusia
menggunakan kenderaan untuk
tujuan pengangku tan . Ini
termasuklah
mengangkut barang-barang dari
satu tempat ke
satu tempat yang
lain. Kenderaan yang
digunakan
bagi tujuan pengangkutan
ini termasuklah kenderaan darat seperti lori, van, keretapi,
motorsikal
dan kereta. Kapal
laut, feri perahu
dan seba gainya adalah
contoh pengangkutan air.
Kapal terbang dan
helikopter pula adalah pengangkutan jenis udara.
Kenderaan mambolehkan
kita pergi ke
mana -mana destinasi yang
kita sukai. Kita
tidak perlu
memikirkan
cara mana untuk
sampai ke satu-satu
tempat. Kenderaan yang
ada membolehkan ianya
membawa penumpang. Contohnya, dengan hanya membayar
sejumlah wang yang tertentu, kita boleh pergi
ke mana-mana destinasi yang ingin ditujui.
Perniagaan pada
hari ini amat
memerlukan kenderaan. Syarikat -syarikat perniagaan
amat
bergantung sepenuhnya kepada kenderaan untuk memasarkan
barangan keluaran mereka. Dengan adanya
kenderaan ini hasil-hasil
pertanian dan barang-barang
perindusrian dapat diproses.
Oleh itu, kegiatan
ekonomi akan berjalan dengan lancar dan kesannya wuju
dlah pembangunan.
Untuk sampai
ke satu-satu tempat
yang jauh memerlukan
jarak masa yang
sangat lama. Dengan
menaiki
kenderaan, masa yang
panjang dapat dikurangkan.
Contohnya apabila kita
menaiki kapal terbang
dari Kuala Lumpur
ke Pulau Pinang.
Masa yang diambil untuk sampai
ke sana hanyalah
empat puluh lima
minit. Ini amat menjimatkan masa serta tenaga.
Jadi jelaslah
bahawa kenderaan adalah
agen pengangkutan yang
amat penting. Dengan
adanya
kenderaan semua kerja dapat dilakukan dengan mudah, cepat
tepat d an cepat.
Tip :
Isi karangan berbentuk fakta adalah senang dicari secara
peta minda.
Karangan Jenis Perbincangan
1. Karangan jenis
ini membicarakan dua sudut secara serentak iaitu sesuatu isu dan
persoalan.
2. setelah
mengemukakan pengenalan ( maks ud atau definisi tajuk )
3. perlu
mentafsirkan tajuk sama ada benar atau salah, baik atau buruk, tetapi pendapat
menjurus ke arah
tajuk
4. tulis bahagian
isi ( pastikan anda dapat menyediakan 4 isi )
5. setiap isi
haruslah dibincangkan ( yang penting d idahulukan )
6. kamu harus
mampu mengembangkan sesuatu isi ( perlu penghujahan yang benar dan logik )
7. setelah siap
mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup ( berupa penegasan terhadap tajuk
).
Tinggal di kampung lebih baik tinggal di bandar.
Pendahuluan :
n ulasan kamu
mengenai tempat tinggal kamu
n pilihlah yang
mana sesuai
isi
i. alam sekitar
n udara , bunyi ,
air
ii. jimat
perbelanjaan
n sumber makanan
yang murah dan segar
iii. hidup
berjiran
n tolong-menolong
, bekerjasama
iv. suasana lebih
aman
n jauh daripada
kesibukan , jenayah , kecurian
Penutup
penegasan kepada tajuk
Tinggal di
kampung lebih baik daripada tinggal di bandar. Di kampung banyak keaslian dan
kecantikan alam semulajadi yang tidak terdapat di
bandar.
Saya suka tinggal di kampung keran adi sini terdapat
pokok -pokok yang menghijau , burung-burung
berkicauan dan sungai-sungai yang jernih airnya. Di
kampung suasananya aman dan damai. Udaranya
bersih dan nyaman , jauh daripada pencemaran udara. Oleh
itu ti nggal di kampung lebih sihat daripada
tinggal di bandar.
Tinggal di kampung boleh menjimatkan wang. Kita boleh
menggunakan air yang tidak berbayar dan
air perigi yang sejuk dan jernih untuk di minum,
membasuh, dan mandi. Kita juga boleh menanam dan makan
sayur-sayuran yang segar.
Orang-orang di
kampung hidup tolong-menolong , bergotong-royong dan bertegur-sapa di antara
satu sama lain. Dengan ini hidup lebih bermakna dan dapat
menghindarkan diri dari pengaruh -pengaruh
yang boleh merosakkan dan menjatuhka n moral.
Suasana yang tenteram dan damai , udara yang segar dan
penduduknya yang berbudi bahasa
menyebabkan tinggal di kampung lebik baik daripada di
bandar.
Tajuk : Bincangkan kebaikan dan keburukan menonton
televisyen.
Televisyen merupakan alat ciptaan manusia hasil daripada
perkembangan sains dan teknologi. Alat
perhubungan ini amat popular pada masa kini.
Menonton
televisyen mempunyai banyak kelebihan kerana televisyen menyiarkan pelbagai
peristiwa
yang berlaku di seluruh dunia. Melaluinya, kita dapat mengetahui cara dan gaya hidup
masyarakat lain.
Selain itu, terdapat juga rancangan -rancangan bercorak
pendidikan yang disiarkan misalnya rencana. Kita
akan memperolehi ilmu yang berfaedah daripada siri
tersebut.
Namun begitu,
menonton televisyen juga boleh melalaikan dan membuang masa di depan televisyen
terutamanya pelajar-pelajar. Mereka lebih suka
menghabiskan masa di depan televisyen tanpa
menghiraukan pelajaran.
Kesimpulannya,
kita boleh menonton televisyen tetapi mesti mengetahui batas -batas kerana
televisyen mempunyai kebaikan dan keburukan.
Karangan Jenis Laporan.
· Karangan jenis
ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau
dilihat.
· Hendaklah
disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.
· Dalam membuat
karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir -butir yang
munasabah atau lojik.
· Kamu perlu
memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan,
sambutan,
perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.
· Untuk laporan
aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli,
dan
aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan
setiausaha.
· Untuk laporan
lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan
terhadap
pembelajaran.
· Penulisan
mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.
· Gunakan bahasa
yang ringkas dan padat
Tajuk Laporan :
Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris.
atau ditulis
dengan huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis ditengah -tengah.
Boleh ditulis
dalam dua barid jika tajuk tertalu panjang.
Isi Laporan : Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri
dengan penutup.
Pengakuan pelapor:
Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terskhir.
Tarikh : Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang
dengan pengakuan pelapor.
Tandatangan pelapor
Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.
Nama Pelapor
: Ditulis dengan huruf besar di
dalam kurungan selepas tandatangan.
Jawatan Pelapor
: Ditulis di sudut kiri bahagian
bawah laporan dan dibubuh tanda koma
di
hujungnya .
Seterusnya
ditulis nama persatuan yang diwakili
Contoh Karangan Laporan.
Tajuk : Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan
di sekolah anda.Anda dikehendaki
menyediakan laporan tentang kegiatan -kegiatan yang telah
dijalankan oleh persatuan tersebut .Sediakan
laporan itu selengkapnya.
Rangka:
1.Pendahuluan:
penubuhan persatuan-anggota persatuan-tujuan penubuhan
2.Isi
a)
kegiatan-peraduan menulis esei tentang sains -pemenang
b) ceramah
-pensyarah dari USM
c)
gotong-royong-membersihkan kawasan sekolah
d) lawatan ke
Taman Ular
3.Penutup
-berterima kasih kepada guru penasihat.
KARANGAN
Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah
Kebangsaan Darau .
Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun
1982.Anggota -anggota persatuan ini berjumlah
60 orang.Mereka terdiri
daripada pelajar Tahun Empat hingga Tahun Enam.Persatuan ini dibentuk
untuk
meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam matapelajaran
Sa ins dan Matematik.Selain itu ,melalui
persatuan ini,pelajar dapat bertukar -tukar pendapat
tentang pelajaran masing -masing.
Persatuan ini
telah menjalakan beberapa kegiatan sepanjang tahun 1995.Kegiatan -kegiatan
tersebut
berbentuk akademik dan bukan akademik.Kegiatan pertama
yang kami jalankan ialah …Peraduan Menulis
Esei Tentang Sains….Sambutan yang diberikan terhadap
peraduan ini adalah sangat menggalakkan.
Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin,pelajar Tahun
Enam Mawar.
Kami juga
menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik .Ceramah ini disampaikan oleh
pensyarah dari Universiti Malaysia.Selain itu ,kami turut
mengadakan gotong -royong membersihkan kawasan
sekolah.Kami memeperindahkan kawasan taman pra dengan
menanam berbagai jenis bunga dan
menamakan
pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.
Pada cuti penggal
kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke Taman Ular di Batu Pahat.
Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi
pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh
pihak Institut
Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ.
Pada
keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan -kegiatan yang kami jalankan
.Kami juga
berterima kasih
kepada guru penasihat,Cikgu
Rosmini Jaafar yang banyak memberikan bimbingan kepada
kami.
Disediakan oleh, 25 Januari 1996
Azmi
_______________
(AZMI SULAIMAN)
Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains
Sekolah Kebangsaan Darau,Jerteh,Terengganu.
- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah
format, - tolak 3 markah )
a] tajuk /
perkara ( jika tiada - tolak 1 markah )
b] nama
pelapor ( jika tiada - tolak 1 markah )
- boleh ditulis dalam bentuk karangan biasa /
catatan
Tajuk : Sekolah anda telah mengadakan Kempen Penggunaan
Bahasa Baku. Anda sebagai setiausaha
Badan Pengawas Sekolah diminta membuat laporan
tersebut.
LAPORAN KEMPEN
PENGUNAAN BAHASA BAKU
Pada 15 hingga 22 Febuari 1997 , Sekolah Kebangsaan Darau
telah mengadakan Kempen
Penggunaan Bahasa Baku. Kempen ini telah dilancarkan oleh
Pegawai Pendidikan Daerah Besut , Encik
Ahmad Harif.
Tujuan kempen ini
diadakan adalah untuk meluaskan pengunaan ba hasa baku di kalangan murid-murod.
Di samping itu, kempen ini juga bertujuan untuk memupuk minat pelajar mendalami
bahasa
kebangsaan.
Sempena kempen
ini, pelbagai acara menarik telah dijalankan. Bagi murid -murid Tahun 4, 5 dan
6
pertandingan syarahan, per bahasan, mengarang esei telah
dianjurkan. Manakala bagi murid -murid Tahun 1,
2, dan 3 pula diadakan pertandingan membaca sajak dan
bercerita.
Pada hari
penutup, Tuan Guru Besar melahirkan rasa kesyukuran kerana kempen ini telah
berjalan
dengan lancar. Para pemenang setiap pertandingan telah
diberi hadiah berupa wang tunai dan sijil
penghargaan.
Disediakan oleh,
Osman
$$$$$$$$
( OSMAN BIN JUSOH )
Setiausaha,
Badan Pengawas,
Sekolah Kebangsaan Darau, Jerteh.
Karangan Jenis Surat Rasmi
Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang
berikut antaranya :
a. memohon
pekerjaan
b. membuat aduan
/ bantahan / cadangan
c. membuat rayuan
d. membuat jemputan
rasmi
e. menempah
barangan
f. meminta
kebenaran
g. atau apa-apa
yang melibatkan urusan rasmi
1. Surat rasmi
adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif dengan penggunaan
tanda baca
seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. ( Anda
boleh dapatkan bantuan daripada guru. )
2. Karangan ini
juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri yang mesti kamu
ikuti. Ini
memudahkan anda melakukan kesalahan serta mudahlah markah
anda melayang. Ia juga memudahkan
anda mendapat markah jika anda mahir dengan
formatnya.
3. Perhatikan
format di bawah.
Alamat Penulis
______________
______________
______________
________________________________________( garisan panjang
)__________________________
Jawatan / penerima
Alamat (pejabat, sekolah, dsb) Tarikh : (selari dengan nama
negeri)
Tuan / Puan,
Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan
Gariskan)
Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat
disebelah kiri )
2. ( Menyatakan
isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba sampaiakn sekurang
-kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain )
3. ( Menyatakan
hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita kemukakan , misalnya
alasan
yang boleh memungkinkan permohonan kita dipertimbangkan
.)
(Penutup)
Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf y ang digunakan)
__________
Nama Penuh ( HURUF BESAR)
Jawatan ( Huruf Kecil )
Tuliskan sepucuk surat kepada Setiausaha Sukan sekolah
kamu untuk memberitahunya bahawa Pasukan
Bola Jaring sekolah kamu memerlukan sebiji bola baru bagi
mengantikan bola yang telah rosak.
Rangka
1. alamat
pengirim ( permulaan perkataan dalam huruf be sar ) ( jangan lupa tanda koma
dihujungnya )
kemudian selang satu baris
2. buat satu
baris panjang melintang kemudian selang satu baris
3. nama ( jawatan
) serta alamat penerima ( permulaan
perkataan dalam huruf besar )( alamat yang terakhir
digariskan )
4. tarikh (
selari dengan alamat terakhir penerima ) ( bulan ditulis dalam huruf besar
)
5. kata ganti
diri penerima ( Tuan, )
6. perkara /
tajuk ( permulaan perkataan dalam huruf besar dan digariskan )
7. perenggan
pertama tujuan menulis surat ini ( tiada jarak
perenggan, lihat contoh )
8. perenggan
ke-2 - bola lama tidak dapat digunakan
lagi
- memerlukan bola baru
( bagi
perenggan kedua dan seterusnya mempunyai nombor serta tanda noktah. Jarakkan
sedikit
sebelum
menulis )
9. perenggan
ke-3 berharap agar permohonan
diluluskan
supaya
latihan tidak terganggu
10. perenggan
ke-4 mempunyai masa yang singkat
sebelum hari perlawanan
11. penutup terima kasih
12. tandatangan
pengirim ( boleh ditulis nama secara bersambung atau tidak )
13. nama penuh (
huruf besar ) dalam kurungan
14. jawatan jika
ada ( permulaan perkataan dalam huruf besar )
15. berhati-hati
dalam penggunaan tanda baca seperti huruf besar , tanda noktah dan ko ma.
Pasukan Bola Jaring,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,
22000 Jerteh.
Encik Musa Bin Hassan,
Setiausaha Sukan,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,
22000 Jerteh. 24 APRIL 1998.
Tuan,
Memohon Sebiji Bola Baru Bagi Menggantikan Bola Lama
Saya sebagai Ketua Pasukan, Pasukan Bola Jaring Sek. Keb.
Seri Kenangan Darau ingin memohon sebiji
bola yang baru bagi menggantikan yang lama.
2. Bola yang sedia
ada itu telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Kami memohon bola baru itu
melicinkan lagi latihan yang sedang kami jalankan sebagai
persediaan untuk menghadapi perlawanan yang
akan datang.
3. Kami berharap
permohonan kami ini akan segera diluluskan. Dengan ini latihan yang kami adakan
setiap hari itu tidak tergendala.
4. Untuk
pengetahuan tuan, kami hanya mempunyai masa dua minggu lagi untuk berlatih
sebelum
turun ke padang untuk menghadapi perlawanan.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
Widyawati
$$$$$$$
( WIDYAWATI BINTI HUSAIN )
Ketua Pasukan,
Pasukan Bola Jaring,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau.
- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah
format, - tolak 3 markah )
a] alamat ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
b] tarikh ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
c] panggilan
hormat ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
d] tajuk /
perkara ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
e] tanda tangan
dan nama ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
- isi mengikut perenggan biasa
Tajuk : Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda akan
mengadakan lawatan sambil belajar ke Unit Akhbar
Dalam Darjah, Berita Harian. Tuliskan sepucuk surat
permohonan kepada akhbar tersebut.
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.
_______________________________________________________________________________________
Ketua Pengarang,
Unit Akhbar Dalam Darjah ( ADD ) ,
Berita Harian Sendirian Berhad,
31, Jalan Riong,
59100 Kuala Lumpur.
10 JANUARI 1997.
Tuan,
Permohonan Mengadakan Lawatan Sambil Belajar
Saya bagi pihak Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini ingin
memaklumkan bahawa persatuan kami
bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Unit
Akhbar Dalam Darjah ( ADD ) pada 27 Januari
1997, jam 9.30 pagi.
2. Rombongan kami
terdiri daripada 30 pe lajar dan tiga guru pengiring. Tujuan kami mengadakan
lawatan ini adalah untuk mengetahui matlamat unit ADD
ditubuhkan dan bagaimana mengendalikannya.
3. Oleh itu, saya
berharap permohonan ini akan diluluskan oleh pihak tuan.
4. Segala
kerjasama tuan, saya ucapkan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
Nazimah
$$$$$$$ ..
( NAZIMAH NAZIM )
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.
Karangan Jenis Surat Tidak Rasmi ( biasa )
Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi:
Surat tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis
kepada ahli keluarga atau sahabat handai.
Biasanya ditulis dengan tujuan unttuk memberitahu sesuatu
perkara seperti antaranya ;
1. Surat ucap
tahniah
2. Surat ucap
takziah
3. bertanya khabar
berita
4. menceritakan
empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat
5. Pengalaman di
tempat baru seperti di sekolah baru
6. Surat minta
kebenaran ibu bapa / penjaga
7. membalas surat
yang dihantar oleh orang lain
8. dan sebagainya
Tahukah kamu ?
Tarikh boleh ditulis dalam dua cara, iaitu
Cara A : 8
Februari 1998.
Cara B : 8 hb.
Februari, 1998.
Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan
menceritakan keadaan kesihatan penulis.
Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu ,
terlebih dahulu jawab pe rtanyaan yang dikemukkan
sebelum ini.
Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti
:
nenda, ayahanda , ibunda / bonda , kakanda / kanda ,
adinda , anakanda , dan cucunda.
Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun
kamu.
Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan
keinginan untuk berutus surat lagi.
Format Surat Kiriman Tidak Rasmi
( Nama Penulis )............
( Alamat ).......................
.......................................
.......................................
Tarikh :
(Tertip menghadapkan surat kepada pihak yang menerima
surat )
..............................................................................................................................................
................
..
..............................................................................................................................................................
Saudara, (atau yang lain)
(Hal-hal yang ingin disampaikan / dinyatakan. Ada baiknya sesuatu isi disampaikan dalam
perenggan yang
berasingan)
..............................................................................................................................................................
..............................................................................................................................................................
.. .............................................................................................................................
.................................
............................................................................................................................................................
.................................................................
...............................................................................
Yang benar,
.................
( Nama Huruf Besar )
Tulis sepucuk surat kepada seorang kawan kamu untuk
mengajaknya datang ke rumah kamu pada hujung
bulan ini kerana buah-buahan di kebun ayah kamu sedang
berbuah.
1 Nama dan alamat
pengirim (kanan)
2 Tarikh (kanan)
3 Kata hadap atau
pembuka kata dan kata -kata pujian
4 Kata sapaan atau
panggilan hormat (rapat ke garisan tepi dan koma)
5 Perenggan
pertama menyatakan tujuan surat itu
ditulis
6 Perenggan ke-2
buah-buahan sedang masak
ayah
memajak sebahagian sahaja
keluarga serta
kawan-kawan dapat merasai
7 Perenggan ke-3
boleh ajak kelurga serta kawan-kawan bersama-sama
terima
kasih
8 Penutup
9 Tandatangan
pengirim (kanan)
7 Perakuan diri
(kanan)
Faridah Binti Osman
49, Kampung Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.
2 Julai 1998.
Menemui sahabatku Noorhanim yang berada di Kampung Kuala
Besut, semoga berada dalam
keadaan sihat sejahtera.
Saudari,
Saya berharap saudari masih tidak melupai saya. Tujuan
saya menulis surat ini adalah untuk
mengajak saudari datang ke rumah saya pada c uti hujung
bulan nanti.
Untuk pengetahuan saudari, buah -buahan di kebun ayah
saya sedang masak. Buah -buahan pada
musim ini sungguh menjadi, terutama manggis. Ayah saya
memajakkan sebahagian sahaja. Selebihnya
ditinggalkan supaya keluarga serta sahabat ha ndai kami
sama-sama dapat merasainya.
Saya berharap
Noor tidak keberatan untuk datang ke rumah saya. Kalau saudari suka , ajaklah
keluarga serta kawan-kawan saudari datang bersama-sama.
Boleh mereka sama-sama merasai keenekkan
buah manggis, rambutan, langsat serta durian.
Saya berharap saudari bersetuju dan memberitahu saya
secepat mungkin. Saya akan menunggu
kedatangan saudari itu.
Sampai di sini sahaja yang sempat saya tuliskan. Akhir
kata , sambutlah salam mesra daripada saya
untuk saudari sekeluarga. Semoga kita dapat bertemu
nanti.
Sekian , terima kasih.
Yang benar,
Faridah
(
FARIDAH OSMAN )
- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah
format, - tolak 3 markah )
a] alamat ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
b] tarikh ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
c] kata
sapaan ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
d] tajuk /
perkara ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
e] tanda tangan
dan nama ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
Tahukah kamu ?
Tidak menjadi kesalahan jika tidak menulis nama selepas
tandatangan jika kamu telah menulis nama penuh
pada alamat di atasnya. Ada pendapat mengatakan, anda
dianggap ’ketinggalan zaman䀆
jika anda menulis
nama pada alamat di atas sekali.
PENGALAMAN DI SEKOLAH BARU
294 , Kampung
Darau,
Jalan Awek,
22000 Jerteh,
Besut,
Terengganu.
17 September 1997.
Assalamualaikum.
Menemui sahabatku , Suzilaini yang kini berada di Kampung
Minangkabau semoga
berada di dalam situasi yang meyakinkan.
Apa khabar saudari?
Saudari,
Tujuan saya
mengutus warkah yang tidak seberapa ini
adalah
untuk menceritakan tentang pengalaman saya di sekolah
baru saya iaitu Sekolah Kebangsaan Darau.
Pada hari pertama di sini, saya didaftarkan. Saya
berkenalan dengan rakan -rakan sekelas. Mereka
sungguh baik hati dan bersopan santun. Mereka juga selalu
menolong saya ketika dalam kesusahan.
Pada waktu rehat
saya memerhati kawasan sekeliling sekolah
itu. Ia bersih dan
kemas. Disiplin
di sekolah itu
juga ketat . Saya
lihat, semua pelajar
di sekolah berkenaan
begitu mematuhi
peraturan.
Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan. Semoga
bersua lagi di lain lembaran.
Sekian, terima kasih.
Sahabatmu,
(Yusni
Amran)
SURAT MINTA KEBENARAN
Dorm C,
Asrama Perkaya,
22300 Dungun,
Terengganu.
14 Mei 1997.
Assalamualaikum.
Menemui ayahanda
yang dikasihi, semoga berada
di dalam lindungan
rahmat Ilahi.
Ayahanda,
Apa khabar
keluarga di sana? Anakanda berharap agar
semuanya berada dalam keadaan
sihat. Anakanda di
asrama sihat sejahtera.
Tujuan
anakanda menulis surat
ini ialah untuk
meminta kebenaran ayahanda
untuk
menyertai rombongan yang
diadakan oleh sekolah
anakanda. Rombongan ini akan melawat
beberapa
tempat yang menarik
di sekitar Kuala Lumpur.
Lawatan tersebut akan
diadakan pada 13 Mei 1997.
Untuk tujuan tersebut, anakanda memerlukan
wang sebanyak RM 100.00
sebagai bayaran
tambang , penginapan,dan
selebihnya sebagai wang
saku.
Akhir kata,
sambutlah salam rindu
daripada anakanda khas
untuk ayahanda dan
keluarga
di sana.
Sekian ,terima kasih.
Anakanda yang
jauh,
(Saiful Anwar)
Tajuk : Kamu mempunyai seorang sahabat yang bakal
menduduki peperiksaan UPSR. Tuliskan sepucuk
surat kepada sahabat kamu itu. Tanyakan tentang
persediaannya dan seterusnya usaha -usaha yang kamu
berdua lakukan untuk lebih berjaya dalam peperiksaan itu
kelak .
127, Simpang Enam Mawar,
22000 Jerteh,
Terengganu Darul Iman.
24 Mac 1997
Ke hadapan sahabatku Halim yang berada di Kuantan, semoga
di dalam keadaan sihat sejahtera.
Saudara,
Kira-kira dua bulan lagi kita akan menghadapi p
eperiksaan UPSR. Mungkin ketika ini saudara telah
bersedia. Saya beranggapan begitu kerana sajak dari
dahulu lagi saudara mengamalkan prinsip iaitu belajar
bersungguh-sungguh bagaikan esok hari peperiksaan.
Saya juga
berusaha mengamalakan prinsip saudara.
Tetapi, saya ingin menambah, mungkin
saudara bersetuju bahawa pembelajaran di kelas sahaja
tidak mencukupi. Kita juga perlu rajin membaca
surat khabar atau majalah untuk mempertingkatkan Bahasa
Melayu. Bagi pelajaran lain seperti Matemtik, kita
hendaklah rajin membuat latihan sendiri.
Guru saya selalu
menasihati agar kita jangan mudah berasa puas hati dengan ilmu di dada. Rajin
-rajinlah membuat rujukan. Sehubungan dengan itu bersama -sama ini saya
sertakan contoh-contoh soalan
peperiksaan sekolah saya untuk rujukan saudara.
Semoga kita
sama-sama berjaya mendapatkan lima ’A“ dalam peperiksaan UPSR kelak. Untuk
mengakhiri lembaran ini , saya mengucapkan selamat maju
jaya.
Sekian sahaja. Terima
kasih.
Sahabatmu,
.....$$$$$$$$ ..
( ABDULLAH SANI )
Karangan Jenis Ucapan
1. ucapan dibuat
untuk majlis perasmian, perpisahan, meraikan seseorang, atau mengingati hari
tertentu.
2. mulakan
karangan ucapan dengan kata -kata alu-aluan dan mengakhirinya dengan ucapan
penutup.
3. nyatakan tujuan
ucapan.
4. Ucapan biasanya
lebih kepada tertumpu kepada penerangan, pujian, atau penghargaan.
5. pastikan
isi-isi yang hendak disampaikan itu menyakinkan dan dapat menarik perhatian
para
hadirin.
6. bayangkan
seolah-olah kamu sedang memberi ucapan dalam satu majli s yang sebenar.
7. Kamu boleh
menyelitkan pantun, ungkapan atau peribahasa untuk menyedapkan ucapan sama
ada pada permulaan atau penutupnya.
8. mesti di tulis
mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
a] kata - kata aluan ( jika tidak ada , tolak 1 markah )
b] kata penegasan contoh Tuan -tuan dan puan-puan
sekalian dan sebagainya ( jika tiada
tolak 1 markah )
Anda telah terpilih untuk mewakili rakan-rakan anda untuk
memberi ucapan dalam perhimpunan sempena
sambutan ’Hari Guru“ di sekolah anda. Tuliskan ucapan
tersebut.
Pengenalan :
kata-kata aluan kepada hadirin
terima kasih
kerana diberi peluang berucap
Perenggan ke-2 tujuan diadakan perayaan itu
jasa dan
bakti guru
Perenggan ke-3 pengorbanan guru besar sekali
tanpa guru ,
pengajaran dan pelajaran tidak sempurna
guru patut
dikenang dan disanjung tinggi
Perenggan ke-4 guru membimbing dan mendidik kita
kita mesti
belajar bersungguh-sungguh agar tidak menghampakan harapan mereka
Penutup ucapan
terima kasih kepada semua guru
ucapan
selamat menyambut ’Hari Guru“
UCAPAN HARI GURU
Assalamualaikum.
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang dihormati
Tuan Guru Besar, guru -guru dan
seterusnya
rakan-rakan sekalian.
Terlebih dahulu saya berterima kasih kepada Tuan
Pengerusi Ma jlis kerana memberi peluang
kepada saya untuk berucap dalam majlis yang mulia
ini.
Hadirin sekalian,
Sebagaimana yang kita maklum Hari Guru disambut pada 16 Mei 1997 Perayaan yang seumpama
ini disambut setiap tahun. Tujuan perayaan ini adalah
untuk men genang dan menghargai jasa
serta bakti
guru-guru selama ini.
Pengorbanan guru terhadap kita besar sekali. Tanpa guru ,
kita sudah tentu susah untuk
mendapatkan pelajran dan pengajaran dengan sempurna. Guru
ibaratkan sebagai sebatang lilin yang
sanggup membakar diri demi murid-muridnya. Oleh itu jasa
guru patutlah dikenang dan disanjung tinggi.
Guru adalah
seperti ibu bapa kita sendiri . Mereka membimbing dan mendidik kita supaya
menjadi
orang yang berguna. Oleh itu marilah kita semua belajar
dengan be rsungguh-sungguh agar tidak
menghampakan harapan mereka.
Hadirin sekalian
Terima kasih saya ucapkan kepada guru -guru yang telah
mengajar , mengasuh dan mendidik kami
tanpa jemu. Akhir sekali, kami meminta ampun di atas
segala kesilapan yang dilakukan oleh kami selama ini.
Sekali lagi saya ucapkan selamat menyambut Hari
Guru.
Sekian, terima
kasih.
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan
Guru Besar, Yang Diraikan guru -guru
dan rakan-rakan sekalian. Saya mengucapkan terima kasih
kerana diberi peluang berucap di majlis ini.
Saya berasa
bangga dan gembira ker ana dapat menyambut Hari Guru pada hari ini. Kita semua
patut bersyukur kerana dapat bertemu pada hari yang mulia
ini. Saya mengucapkan Selamat Hari Guru
kepada guru-guru.
Rakan-rakan sekalian,
Kita semua harus berterima kasih di atas segala jasa yang
g uru kita berikan. Jasa mereka terlalu
banyak. Kita haruslah menghargainya dengan sebaik
-baiknya.
Kami doakan
supaya guru-guru dirahmati Allah s.w.t. Semoga dipanjangkan umur dan sentiasa
berada dalam keadaan bahagia selalu.
Kami juga ingin
meminta maaf di atas segala kesilapan yang dilakukan. semua orang yang pernah
melakukan kesalahan. Kami harap guru -guru dapat
memaafkan kami. Kami berjanji akan patuh kepada
semua arahan guru.
Akhir kata , saya
ingin sekali lagi mengucapkan selamat Hari Guru. semoga k ita dapat berjumpa
lagi
di majlis seperti ini di tahun-tahun akan datang. Sekian,
terima kasih.
UCAPAN
PELAJAR CEMERLANG
Assalamualaikum,
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Haji
Nawi Jaafar, guru -guru dan rakan -rakan sekalian.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan
Pengerusi Majlis kerana sanggup
memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis
yang mulia ini.
Rakan-rakan sekalian,
Saya berasa terharu dan ingin mengucapkan terima kasih
kepada Jawatankuas a pemilihan kerana
memilih saya sebagai pelajar cemerlang Sekolah Kebangsaan
Darau pada tahun ini.
Guru-guru sekalian,
Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru -guru kerana telah mengajar dan
mendidik saya
sehingga berjaya dalam UPSR dan di pilih pula sebagai pelajar cemerlang.Sebenarnya
kejayaan saya ini
bukanlah hasil saya seorang tapi dengan adanya usaha guru
saya berjaya.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang selalu mendorong
saya sehingga mencapai kejayaan seperti
hari ini.Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
mereka.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan kerana selalu bekerja
sama membantu dalam pelajaran dan
bertukar pendapat.
Akhir sekali, kepada adik-adik, saya doakan supaya
adik-adik berjaya dan belajarlah bersungguh -sungguh dan janganlah berputus
asa.
Sekian, terima
kasih.
UCAPAN TAHNIAH
Assalamualaikum.
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Beruasaha Tuan
Guru Besar, guru -guru, yang diraikan Nor
Azlina Binti Ahmad dan rakan-rakan sekalian.
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan
Pengerusi Majlis kerana memberi
peluang untuk saya berucap di majlis yang mulia ini.
Rakan-rakan sekalian,
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah atas
kejayaan yang dimiliki oleh beliau. S aya
berharap agar beliau bersyukur atas kejayaan ini.
Hadirin
sekalian,
Kita semua ingin mengetahui bagaimanakah caranya
beliau membahagikan masa untuk belajar
dan
bermain. Saya berharap dengan cara yang akan beliau
berikan nanti, rakan -rakan akan meraih kejayaan
yang cemerlang seperti beliau.
Selama ini beliau berusaha bersungguh -sungguh untuk
mencapai kejayaan seperti hari ini. Hari ini
beliau telah mencapai kejayaan dengan usaha gigih dan
berkat doa beliau sendiri berserta ibu bapanya.
Akhir sekali, sebelum saya mengundur diri sekali lagi
saya mengucapkan tahniah kepada beliau.
Teruskan usaha anda dan capailah kejayaan yang lebih cemerlang.
Sekian, terima kasih.
UCAPAN
TAKZIAH
Assalamualaikum .
Yang Mulia Tuan
Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia
Tuan Guru Besar ,
guru-guru ,dan rakan- rakan yang
dikasihi sekalian.
Saya ingin
mengucapkan terima kasih
kepada Tuan Pengerusi
Majlis kerana memberi
peluang
kepada saya untuk
berucap di pagi yang
mulia ini .
Hadirin sekalian,
Saya ingin
mengucapkan takziah kepada
Nurul Nadia binti
Abdul Ghani yang telah
terlibat
dalam kebakaran
baru-baru ini.
Saya berharap agar
Nurul tidak terlalu
sedih dan bersabar
atas apa yang menimpa
diri
Nurul. Sebenarnya
ini adalah dugaan
dari Yang Maha
Esa. Mungkin di sebalik peristiwa
ini ada
hikmah yang tersembunyi
.
Kami sedia menghulurkan
bantuan serta sumbangan
jikalau Nurul memerlukan
apa - apa
pertolongan.Saya
bagi pihak murid
tahun enam menghulurkan bantuan
sebanyak RM 100.00.
Untuk
mengakhiri ucapan ini,
sekali lagi saya ucapkan
takziah.
Sekian, terima
kasih.
Tip
Semua karangan jenis ucapan mempunyai kata aluan yang
hampir sama. Lihat contoh di bawa h. Cuba kamu
perhatikan penggunaan huruf besar pada tempat yang
tertentu. Lihat juga penggunaan kata penegasan.
Assalamualaikum
Selamat pagi dan
selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha
Tuan Guru Besar, guru-guru khususnya guru-guru Tahun Enam
dan pelajar sekalian.
Hadirin yang saya hormati sekalian.
Tujuan saya berdiri di sini adalah untuk menyampaikan
satu ucapan sempena majlis perpisahan
murid-murid Tahun Enam. Saya ingin mengucapakan ribuan
terima kasih kerana dib eri peluang berucap di
majlis ini.
Sebagaimana yang
kita sedia maklum bahawa tanpa kita sedari sudah enam tahun masa berlalu dan
sudah$ ..
Karangan Jenis Syarahan.
1. Syarahan
biasanya berdasarkan satu -satu tajuk tertentu dan dipertandingkan.
2. Memberi ucapan
salam dan menyebut nama -mana tetamu hadir yang dijemput khas (mengikut urutan
betul berdasarkan statusnya ) . Tujukan juga salam kepada
pihak -pihak lain atau orang ramai yang
menghadiri majlis berkenaan.
3. Bahasa yang
digunakan harus mudah difahami, padat, tegas dan berkesan serta
menyakinkan.
4. Kandungan
syarahan adalah berasaskan kepada sesuatu tajuk tertentu yang diberi.
5. jika
mengemukakan masalah, calon hendaklah menyelesaikan masalah berkenaan bukannya
dijadikan
persoalan.
6. kemukakan isi
demi isi. Sebelum memaparkan isi , sebut ungkapan seumpama ’tuan-tuan dan puan yang
saya hormati ’ tuan-tuan dan puan-puan sekalian, para
hadirin yang saya muliakan...( tulis ungkapan
penegasan ini dalam barisnya sendiri sebelum kita men
gemukakan sesuatu isi ).
7. Syarahan mesti
menarik agar pendengar tidak merasa jemu
8. kata-kata
hikmat, kiasan, jenaka atau peribahasa boleh diselitkan dalam syarahan supaya
lebih menarik
9. mengakhiri
syarahan dengan memohon maaf / ucapan terima
kasih
- mesti di tulis mengikut format ( terpesong format ,
tolak 3 markah )
a] kata - kata aluan ( jika tidak ada , tolak 1 markah
)
b] kata penegasan contoh Tuan -tuan dan puan-puan
sekalian dan sebagainya ( jika tiada tolak 1 markah )
Anda dikehendaki menyampaikan sebuah syarahan yang
bertajuk ’Mengisi Masa Lapang dengan
Perkara
yang Berfaedah“.
Pengenalan
kata-kata aluan
ucapan terima
kasih
Perenggan ke-2 tajuk syarahan
Perenggan ke-3 melibatkan diri dalam kegiatan
ko-kurikulum
dapat
menambahkan pengalaman serta ilmu pengetahuan
Perenggan ke-4 membaca untuk mengisi masa lapang
banyak bahan
bacaan
aktiviti yang
paling berfaedah
Penutup ucapan
terima kasih
Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru -guru,
rakan-rakan pelajar serta hadirin
sekalian. Terlebih dahulu saya ucapakan terima kasih
kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi
syarahan pada hari ini.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Tajuk syarahan
saya ialah ’Mengisi Masa Lapang dengan Perkara yang Berfaedah“. Masa lapang
tidak seharusnya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Ia
perlu diisi dengan perkara -perkara yang berfaedah.
Ada berbagai-bagai
cara untuk mengisi masa lapang. Di antaranya ialah melibatkan diri dalam
kegiatan ko-kurikulum. Dengan cara itu ia dapat
menambahakan pengalaman serta ilmu pengetahuan.
Ada juga orang
yang memilih membaca untuk mengisi masa lapang. Banyak bahan bacaan yang
dapat dibaca. Ia merupakan satu aktiviti yan paling
berfaedah untuk mengisi masa lapang.
Hadirin sekalian,
Contoh-contoh
yang saya telah sebutkan tadi, mendatangkan faedah serta keuntungan. Itulah
antara
beberapa perkara yang boleh dilakukan sebagai mengisi
masa lapang.
Sekian sahaja
syarahan saya untuk kali ini. Saya sudahi dengan ucapan terima kasih dan
assalamualaikum.
SOALAN: Andaikan bahawa anda terpilih mewakili kelas anda
untuk menyampaikan syarahan.Tajuk
syarahan itu ialah…Membazir Adalah Amalan Yang Tidak
Baik….Sediakan teks syarahan anda tersebut.
RANGKA
1.PENDAHULUAN.
-ucapan alu-aluan kepada Tuan Pengerusi Majlis,para
hakim,Guru Besar ,guru -guru ,dan rakan-rakan
sekalian.
2.ISI
a) banyak mendatangkan keburukan -jika terlalu boros
berbelanja ,kita tidak akan mempunyai wang pada
masa kita memerlukannya-makanan yang dibeli secara
berlebihan akan terbuang.
b) membuang masa dengan cara tidak berfaedah adalah
amalan buruk -masa itu emas-gunakanlah masa
dengan sebaik-baiknya.
c) membazir air dan elektrik -bil air dan elektrik
meningkat -terpaksa mencatu air pada musim kemarau.
3.PENUTUP
membazir sememangnya amalan yang tidak baik -banyak mendatangkan keburukan.
KARANGAN
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,para hakim yang
bijaksana,Guru Besar,guru -guru,dan
rakan-rakan sekalian.Selamat sejahtera saya ucapkan.Tajuk
syarahan saya pa da kali ini ialah
”Membazir
Adalah Amalan Yang Tidak Baik.
Hadirin sekalian,
Kata
”membazir ”bermaksud berlebih-lebihan menggunakan sesuatu hingga ada yang
terbuang.Amalan ini sebenarnya banyak mendatangkan
keburukan.Misalnya jika kita terlalu boros
berbelanja,kita tidak akan mempunyai wang ketika kita
benar -benar memerlukannya.Makanan yang
dibeli secara berlebihan mungkin tidak termakan dan akan
dibuang.
Selain
dari itu ,membuang masa dengan cara yang tidak berfaedah adalah satu
pembaziran.bagi seorang murid,masa itu adalah emas.Oleh
sebab itu ,kita hendaklah membuat
jadual waktu supaya masa kita dapat diisi dengan
perkara-perkara yang berfaedah.
Kita digalakkan
juga supaya tidak membazir air dan elektrik.Jika kita membazir air dan
elektrik ,kita terpaksa menggunakan wang yang banyak
untuk membayar bil -bil berkenaan.
Pada musim kemarau pula,kita akan menghada pi masalah
kekurangan air dan terpasa dicatu.
Oleh sebab masa
tidak mengizinkan ,saya terpaksa mengakhiri syarahan saya ini.Sebagai
kesimpulannya ,saya ingin menekankan bahawa membazir
adalah amalan yang tidak baik dan
banyak mendatanglan keburukan kepada kita.
Sekian,terima
kasih.
Tajuk : Anda menyertai pertandingan syarahan peringkat
sekolah. Tajuk yng telah anda pilih ialah
’ Faedah
Membaca“
Yang dihormati
Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, guru -guru, rakan-rakan dan hadirin
sekalian. Assalamualailum dan selamat sejahtera.
Tajuk syarahan saya ialah ’ Kepentingan Membaca“. Membaca
adalah satu amalan yang mulia.
Membaca boleh memberi manfaat kepada kita semua. Melalui
pembacaan, kita dapat mengetahui pelbagai
perkara. Contohnya melalui surat khabar. Akhbar merupakan
sumber maklumat dan menyiarkan pelbagai
peristiwa yang berlaku di seluruh dunia.
Saudara dan saudari sekalian,
Selain mendapat maklumat, membaca juga boleh mengisi masa
lapang kita. Jika kita menjadikan
sifat membaca sebagai amalan, sudah tentu masa kita tidak
terbuang begitu sahaja. Jadi, kita boleh
mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak
berfaedah seperti ber main-main dan merayau-rayau di kedai-kedai dan
sebagainya.
Di samping itu, membaca boleh membaiki penguasan bahasa
kita. Melaluinya kita boleh menambah
perbendaharaan kata.
Oleh itu, kita mestilah menjadikan tabiat suka membaca
sebagai amalan hidup. Ma nusia yang suka
membaca adalah manusia yang mempunyai banyak ilmu.
Sekian , saya sudahi syarahan saya dengan ucapan terima
kasih.
Kamu telah menyertai pertandingan syarahan sempena Kempen
Hijau yang telah diadakan di sekolah kamu.
Tajuk syarahan kamu ialah Menjaga Alam Sekitar. Tuliskan
syrahan kamu itu.
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang
bijaksana , guru -guru dan rakan-rakan
sekalian. Tajuk syarahan saya ialah ’Menjaga Alam
Sekitar“.
Hadirin hadirat sekalian,
Alam sekitar
adalah suasana yang wujud di sekeliling kita. Ini termasuk bumi yang kita pijak
dan
udara yang kita sedut. Semakin hari alam sekitar kita
semakin tercemar.
Antara
faktor-faktor pencemaran ialah pengeluaran asap -asap kotor daripada kenderaan
d an kilang-kilang, sampah sarap yang sukar dihapuskan seperti longgokkan besi
buruk , sungai yang dipenuhi sampah
dan bangkai binatang.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Ini jelas
membuktikan bahawa hidupan kita adalah terdedah kepada bahaya pencemaran ala m
sekitar. Oleh itu, kita hendaklah menjaga alam sekitar
dengan tidak melakukan perkara -perkara yang boleh
mencemarkannya. Sebagai pengguna, kita hendaklah sama
-sama mendisiplinkan diri dan menjaga
kebersihan alam sekitar.
Sebagai mengakhiri syarahan ini , saya ingin tegaskan
bahawa langkah serius perlu diambil dengan
segera dalam usaha menjaga alam sekitar kita. Setiap
individu perlu mempunyai kesedaran sivik yang tinggi
dalam hal ini. Alam sekitar yang bersih menjamin
kesihatan kita.
Sekian, terima kasih
Karangan jenis berita
1.Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
2.Berita mesti menjawab soalan Apa ? Siapa ? Bila ?
Mengapa ? Di Mana ? dan Bagaimana?
3.Apa ?
menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan
berita
memberi maklumat kepada keseluruhan berita
4.Siapa ?
nama yang terlibat perlu penjelasan lengkap
jika perlu sertakan usia pelaku
5. Bila ?
menerangkan masa peristiwa itu berlaku
tarikh yang tepat
untuk kejadian jenayah staupun kemalangan perlu
letakkan waktu“
1.Mengapa ?
sebab-sebab peristiwa berlaku
jika sebab-sebab belum diketahui , nyatakan ”belum
diketahui… atau ”pihak polis belum mendapat bukti …
2.Di mana ?
tempat kejadian peristiwa
jika nama tempat kurang diketahui umum sebagai contoh,
daera h yang terpencil, letakkan sekali nama negeri
Bagaimana ?
menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan
perkembangannya.
3.Mulakan penulisan dengan mencatatkan ’tempat“ (huruf besar) diikuti dengan tarikh
peristiwa itu berlaku.
Contoh : JERTEH, 24 Disember -
Tulis secara ringkas tentang saripati peristiwa yang
berkenaan termasuk tarikh dan masa peristiwa itu
berlaku. (Sebaik-baik tulis saripati kepada peritiwa yang
berkenaan dalam satu perenggan sahaja.)
4.Pastikan agar pengenalan kamu dapat menarik perhatian
pembaca.
5.Gunakan bahasa yang ringkas tetapi padat.
6.Perenggan yang berikutnya ialah tentang huraian
-huraian yang lebih ’panjang-lebar“.
7.Nyatakan bahagian penutup secara ringkas
CONTOH KARANGAN BERITA
SOALAN;
Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket
mencuri kereta di Kuala lumpur.Andaikan bahawa
anda seorang pemberita,tuliskan berita tentang kejadian
tersebut.Panjang karangan berita anda hendaklah
tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
Rangka.
1. PENDAHULUAN:
Sepasukan polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri
kereta -sekitar bandar raya.
2. ISI
a) berjaya
mengesan beberapa kereta curi -siasatan dibuat beberapa minggu lalu -beberapa
orang
ditahan.
b)
membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta - di Jalan Ipoh - lima orang ditahan -salah
seorang ialah
pakar mekanik.
c) polis menjumpai
kepingan-kepingan pintu kereta -beberapa plat nombor palsu dijumpai di bengkel
tersebut.
3.PENUTUP
seoarang lelaki
dicari -dapat membantu polis-orang ramai diminta memberikan maklumat tentang
lelaki
berkenaan.
CONTOH KARANGAN.
KUALA LUMPUR , 24 Mac - Sepasukan polis telah berjaya
menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di
sekitar bandar raya.Pihak polis berjaya mengesan beberapa
kereta curi hasil daripada serbuan tersebut.
Jurucakap polis
menyatakan bahawa siasatan mengenai sindiket itu dibuat beberapa minggu yang
lalu.Menurut jurucakap itu lagi,beberapa orang telah ditahan
untuk siasatan lanjut.
Hasil daripada
maklumat orang ramai,pasukan polis telah membuat serbuan di sebuah bengkel
membaiki kereta di Jalan Ipoh.Lima orang ditahan dalam
serbuan itu. Seorang daripadanya dipercayai pakar
mekanik
Polis menjumpai
kepingan-kepingan pintu yang dicuri .beberapa plat nombor kereta palsu dijumpai
juga di bengkel tersebut.
Sementara
itu,gerakan sedang dijalankan oleh polis untuk mencari seorang lelaki yang
bernama Ah
Chong .Dia dapat membantu polis untuk memusnahkan
sindiket tersebut.Orang ramai diminta tampil ke
hadapan sekiranya mempunyai maklumat tentang lelaki
berkenaan.
Karangan Jenis Perbahasan
1. Karangan jenis
ini ialah karangan yang ditulis untuk menyampaikan pendapat tentang sesuatu tajuk yang
diberikan.
2. Perbahasan
terbahagi kepada dua pihak yang mempunyai pendapat yang yang bertentangan iaitu
:
· pihak pencadang
· pihak pembangkang
3. Kedua-dua pihak
ini mempunyai pendapat-pendapat yang tersendiri yang hendak dihujahkan.
4. Setelah menulis
pendahuluan kemukakan hujah -hujah anda
5. Pastikan kamu
telah mengenalpasti terlebih dahulu hujah berkenaan yang pada mulanya
dicatatkan
secara ringkas.
- mesti di tulis mengikut format ( terpesong format ,
tolak 3 markah )
a] kata - kata aluan ( jika tidak ada , tolak 1 markah
)
’Menonton
televisyen lebih banyak mendatangkan kesan yang buruk “. Berikan pendapat kamu
sama ada
bersetuju atau tidak bersetuju dengan pernyataan
ini.
Pengenalan
kata-kata aluan
tajuk yang
hendak dibahaskan
Perenggan ke-2
tidak bersetuju dengan tajuk
alat media
massa yang terkenal
menyiarkan
banyak rancangan
Perenggan ke-3
rancangan berita dan peristiwa dunia banyak berfaedah
dapat
mengetahui perkembangan dunia
Perenggan ke-4
banyak rancangan lain dapat menambahkan ilmu pengetahuan
mengetahui
sesuatu perkara dengan lebih terperinci
Penutup tegaskan
pendapat anda tentang tajuk perbahasan
ucapan terima
kasih
Yang dihormati Tuan Pengerusi majlis, Guru Besar, guru
-guru, para hakim yang arif, barisan pihak
pencadang dan rakan-rakan pelajar sekalian. Tajuk
perbahasan kita pada hari ini ialah Menonton televisyen
lebih banyak mendatangkan kesan yang buruk “.
Saya bersama-sama
rakan saya tidak bersetuju sama sekali dengan tajuk yang diberikan itu.
Sebagaimana yang diketahui umum, televisyen adalah suatu
alat media massa yang terkenal pada masa
kini. Setiap hari, ia menyiarkan berbagai -bagai
rancangan seperti filem rancana, berita, drama dan lain -lain
lagi.
Rancang berita
sama ada berita dalam negeri atau pun
berita dunia dan juga laporan peristiwa
memang berfaedah kepada penonton. Mereka dapat mengetahui
perkembangan dunia dengan duduk di
rumah sahaja.
Banyak rancangan
televisyen lain yang dapat menambahakan ilmu pengetahuan para penonton
misalnya ’Hari Ini Dalam Sejarah“, ’Siaran Ke
Sekolah-sekolah“ , ’TV Pendidikan“ dan lain-lain lagi. Filem-filem dokumentari
yang sering ditayangkan melalui televisyen dapat membantu pelajar mengetahui
sesuatu
perkara dengan lebih terperinci.
Berdasarkan
contoh-contoh di atas, jelaslah bahawa menonton televisyen mendatangkan kesan
yang baik dan bukan yang sebaliknya. Sebelum mengudur
diri , sekali lagi saya tegaskan pendirian kami
membangkang tajuk di atas. Sekian , terima kasih.
Tajuk : Anda adalah pencadang dala m pertandingan
perbahasan peringkat daerah. Tajuk perbahasan ialah
’Wanita
Lebih Baik Bekerja Daripada Tinggal Di Rumah “.
Yang dihormati, tuan pengerusi majlis, para hakim yang
adil lagi bijaksana, barisan pembangkang
yang dihormati, dan para hadirin sek alian.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sebagaimana yang
diketahui, tajuk perbahasan kita pada hari ini ialah ’ Wanita Lebih Baik Bekerja
Daripada Tinggal Di Rumah“. Kami sebagi pencadang tetap
menyokong tajuk ini.
Hadirin sekalian.
Pada masa kini,
wanita dan lelaki ternyata berada pada tahap yang sama terutamanya daripada
segi
pendidikan. Wanita kini sudah mempunyai keupayaan untuk
memegang sebarang jawatan yang
dipertanggungjawabkan kerana mereka mempunyai kelayakan.
Jadi, wanita ti dak perlu duduk di ceruk dapur
sahaja.
Saudara dan saudari.
Sekiranya wanita
bekerja, mereka boleh membantu menambahkan pendapatan keluarga. Bagi
golongan suami yang berpendapatan rendah sudah tentu
menghadapi masalah untuk menyara keluarga,
terutamanya mereka yang hidup di bandar. Oleh itu, jika
isteri bekerja, bebanan itu menjadi ringan.
Selain itu,
terdapat juga pekerjaan yang tidak sesuai dengan kaum lelaki seperti jururawat.
Tugas ini
mesti dijalankan oleh wanita kerana memerlukan sifat
ketekunan, ke telitian, kegigihan, dan kesabaran.
Jadi, sebelum
saya menamatkan hujah saya, ingin saya tegaskan bahawa wanita lebih baik
bekerja
daripada tinggal di rumah. Sekian terima kasih.
Karangan Jenis Peribahasa
1. Peribahasa
merangkumi simpulan bahasa , p erumpamaan , pepatah , dan bidalan.
2. Sebelum
menulis karangan jenis ini, anda perlu memahami maksud peribahasa itu sejelas
-jelasnya.
3. Kalau karangan
ini ditulis dalam bentuk cerita, cerita itu hendaklah mempunyai pertalian
dengan
peribahasa itu. Sebaik-baiknya, cerita mengandungi nilai
-nilai murni.
4. Kalau karangan
ini ditulis dalam bentuk penerangan , maksud peribahasa itu perlu dihuraikan
terlebih
dahulu. Kemudian jelaskan fungsi dan kepentingannya di
dalam masyarakat.
Biar Lambat Asalkan Selamat
Pengenalan maksud
peribahasa
Perenggan ke-2 sesetengan orang tidak sabar dalam sbarang
pekerjaan
Perenggan ke-3
contoh seorang pemandu kenderaan
pandu laju
kerana mahu cepat sampai ke destinasinya
Perenggan ke-4
berlaku perkara yang tidak diingini
menyesal
Penutup
peribahasa ini merupakan contoh yang baik dalam kehidupan seharian
sentiasa
selamat kalau mengamalkan peribahasa ini
Peribahasa ’Biar
Lambat Asal Selamat“ membawa maksud sesuatu pekerjaan yang hen dak dibuat
biarlah dibuat dengan cermat dan berhati -hati supaya
pekerjaan itu berhasil dengan baiknya.
Ada
setengah-setengah orang tidak mahu sabar dalam membuat sebarang pekerjaan.
Mereka mahu
segera menyiapkan pekerjaan itu tanpa menghiraukan
akibatnya.
Sebagai menghuraikan
peribahasa di atas , saya akan mengambil contoh seorang pemandu
kenderaan. Pemandu itu memandu kenderaannya dengan laju
kerana dia igin segera samapai ke tempat
yang hendak ditujuinya. Tanpa disedarinya, perbuatannya
itu berbahaya ke pada dirinya sendiri dan juga
orang lain.
Sekiranya dalam
perjalanan itu, sesuatu perkara yang tidak baik berlaku ke atas dirinya
misalnya
kemalangan , pemandu itu akan menyesal kerana
perbuatannya itu. Ketika itulah dia akan terfikir perkara itu
tidak akan terjadi jika dia sabar dan cermat ketika
memandu.
Peribahasa di
atas adalah satu contoh yang paling baik dalam kehidupan kita seharian. Orang
yang
selalu mengamalkan peribahasa ini akan sentiasa selamat
dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya.
PANDUAN MENCARI ISI PENTING BERDASARKAN SOALAN.
ARAHAN : Isi-isi
yang diberi adalah sebagai panduan pada kamu sahaja. Kamu boleh menambah
mana-mana isi yang kurang. Adalah lebih baik kamu
mendapatkan isi yang kamu cari sendiri. Bandingkan isi
yang diberi. Ini penting kerana ia boleh menguatkan daya
ingatan kamu semasa peperiksaan sebenar.